Selasa, 31 Ogos 2010

PEMAHAMAN YANG BAIK..YA ALLAH,BERILAH KAMI PEMAHAMAN YG BAIK SERTA DTETAP IMAN


ASSALAMUALAIKUM.....alhamdulillah...di kesempatan ini dapatlah saya menulis sekali lagi dengan apa yg dikurniakan ALLAH kepada setiap hambaNya...Alhamdulillah...Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah izinNya dapatlah kita dan masih lagi mengecapi nikmat Iman wa Islam...Alhamdulillah....

Pemahaman yang baik untuk kejayaan diri dan ummah.Penghayatan secara menyeluruh dalam Islam menjadi mangkin kepada kesedaran dalam diri bukan sahaja kepada diri sendiri malah juga kepada orang lain.

Ilmu dan Iman.Ada hubungkait antara keduanya.Jika seseorang tak tahu solat,bagaimana dia mahu mendirikan solat?Jika tak tahu membaca ,adakah dia tahu maklumat yang hendak disampaikan secara bacaan kemudian memahaminya dengan baik seterusnya diamalkan?Hanya nabi muhammad sahaja yang ummi yakni buta huruf yang mendapat keistimewaan sebegitu rupa juga kepada hamba allah yang dikehendakinya.Ini menunjukkan bahawa kita mesti memandang ilmu berbanding rupa orang yang menyampaikannya.

Dalam Islam menuntut Ilmu adalah cabang jihad juga.Dengan Ilmu manusia mampu membezakan yang mana benar dan salah.Ilmu boleh didapati dengan pelbagai cara.Tidak semestinya dengan menghadiri kelas.Menyebut soal Ilham,Ilham mestilah bersumber yakni berlandaskan Al-Quran,Hadith2 wa SunnatuAllah melalui pemerhatian,pendengaran kita terhadap segala ciptaan Allah di alam ini termasuk diri kita sendiri.Makanya kita dapat berfikir secara fitrah.Berfikir mengikut landasan Islam.Islam amat luas..Takkan habis ilmu yang ada bila dicari-cari @ digali2 oleh siapa sahaja yang hendak.

Menyentuh Khairu ummah...yaitu ummat terbaik.Segala ilmu sudah ada dan bertebaran di mana-mana tinggal kita berusaha mencari,pelajari,fahamkan,amalkan serta Istiqomah...Dalam pepatah Arab ada menyebut "ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH".Dalam hal ini kata2 dalam pepatah Arab tersebut menjadi motivasi dalam diri seseorang yang dianugerahkan Ilmu supaya menghargai,memanfaatkan Ilmu yang ada supaya dikembangkan untuk kesejahteraan Ummah.Jangan bersikap kedekut ilmu.Sebaliknya terangkan dan memberi galakan kepada yang lain tanpa mengira siapa di kalangan kamu tanpa bersikap kroni supaya dapat membangun bersama untuk memacu kearah yang lebih baik dan berlandaskan Islam.

Menyedari kita manusia yakni hamba Allah dan kita takkan kekal di dunia serta di akhirat selamanya makanya hidup ini perjalanannya amat singkat.Apa bole buat dengan umur yang ada yang dipinjamkan dari Allah kepada kita?Banyak jawapan.Pilih yang sesuai dengan kesanggupan diri serta sentiasalah mencari keredaan Allah serta mengharap syafaat Nabi Muhammad S.A.W...InsyaAllah...

Moga ummat islam di seluruh dunia sedar akan tanggungjawab mereka bukan sahaja terhadap diri,keluarga malah kepada semua ummat islam..Kita terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pemikiran yang ada sama juga ada yang berbeza.Namun hakikatnya semua sama iaitu kita mengucap dengan kalimah syahadah,akan mati juga tapi tak tahu bila,isi al-quran kandungan yang sama dan dijanjikan Allah ianya terpelihara,merujuk kepada hadith2,tempat mengerjakan haji sama juga iaitu di mekah sahaja,dan fizikal kita sama sahaja tanpa mengira bangsa.Islam untuk semua tanpa mengira bangsa juga menolak assabiyah yakni berpuak2.

Setakat ini dahulu dari saya...apa yang baik datangnya dari ALLAH,yang buruk datangnya dari diri kita sendiri walaupun keduanya daripada Allah...Allah tak berkehendak manusia selaku hambanya melakukan perkara yang keji dan mungkar.Jika kita ada melakukannya itu dorongan dari hawa nafsu dan kesilapan diri kita sendiri.Maka muhasabahlah diri dan cuba melakukan yang terbaik dan berusaha menjadi Khairu ummah..InsyaALLAH...

Wasalam.... : )