Isnin, 6 September 2010

Di Bawah Langit Mu...

Luruskan Hatiku...

MyFriendster

http://profiles.friendster.com/93883966

"Kejayaan yang cemerlang adalah bermula pada ummah yg cemerlang. kita adalah sebaik umat(umat islam).maka cuba jadi yg terbaik.Adanya Aya Sofia yg bersejarah dengan adanya manpower yg terbaik. So,always activate our potential.all people have. SAYANGI AKIDAH..(akidah islam)"


Salam ukhwah kepada semua...
ada apa2 msg je..

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi(Allah Yang Esa) dengan limpah izinNya dapatlah kita mengecapi nikmat Iman wa(&) Islam...Alhamdulillah....
Moga ditetapkan Iman..mudah-mudahan..InsyaAllah...

Berpegang teguhlah kamu dengan Al-Quran wal Hadith..InsyaAllah..

"SAYANGI AKIDAH DAN JAGA SYARIAT ISLAM"

Menjadi insan yang bertaqwa adalah satu kewajiban.

Khamis, 2 September 2010

Perlukah Kita Menguasai & Memahami Sejarah ?




Assalamualaikum.... (",) ...السلام عليکم

Matapelajaran sejarah amat penting.Penting sebab apa kerana seseorang itu @ setiap insan yang bergelar manusia akan mencari identiti dirinya,agamanya,bangsanya dan semestinya akan mencari jawapan terhadap segala persoalan yang timbul sehingga memberikan satu jawapan yang memuaskan akal serta memberikan ketenangan jiwa terhadap dirinya juga kepada yang lain.

Sejarah juga menceritakan akan asal usul sesuatu dan merakamkan cerita dahulu akan perihal kejayaan umat islam.Ambil contoh bagaimana nabi muhammad s.a.w mengembangkan islam seterusnya membuka madinah dan banyak lagi.Dalam AL-QURAN juga menceritakan umat-umat terdahulu sebelum kita dan cerita tersebut memang benar dan dipercayai.Maka ambillah pelajaran darinya dan menjadi orang yang menerima peringatan.

Sepanjang pengalaman hidup dapat dilihat bagaimana kemerosotan nilai akhlak dan etika seseorang dan suatu bangsa apabila tidak mengenal sejarah yang benar..Itu mana yang mengambil sumber sejarah yang silap dan yang dikesali apabila terjadinya buta sejarah pada diri seseorang.Umpama @ seolah-olah tidak tahu sebenarnya sejarah ada nilai dan kekuatan yang tersendiri.Apabila berlaku gejala seperti itu maka corak fikir dan pola hidupnya hanya mengikut-ikut sesuai dengan suasana tempatnya yang dicorakkan oleh orang-orangnya@penduduk kawasan tersebut.Mana yang betul ikutilah dan mana yang salah tinggalkan.Jika mahu menceritakan yang benar maka ceritakan@sampaikan sekadar kemampuan yang ada pada diri masing-masing.Kondisinya sama seperti arab jahiliyah sebelum,semasa dan selepas kedatangan nabi muhammad s.a.w..Jika kita mengimbau sejarah tersebut maka ada perbezaan yang ketara tetapi tidak drastik sesuai dengan tahapan.

Dahulu budaya yang rosak seperti aliran underground(skinhead,punk dan yang seangkatan dengannya@sekufu) kerap dilihat di jalanan dengan gahnya.Sekarang pun ada lagi sisa-sisa yang mewarisinya.Ini salah satu punca masalah akibat tidak didedahkan dengan pemahaman yang menjadi pemikiran dan akhlak islam yang benar di usia yang kecil kepada mereka..Mereka tidak nampak dimana indahnya Islam secara realiti hidupnya dan banyak soal pula dalam hal tersebut.Amat dikesali lagi jauh sasaran hala tujunya seperti apa yang dikehendaki oleh pencipta kita Allah s.w.t..Kita semua pun sama juga sebenarnya asalnya jahil.Untung lahir dalam keluarga Islam.Itupun mana yang mengamalkan cara hidup yang dikehendaki tersebut.Tanyalah kepada mualaf yang ikhlas memilih islam sebagai Ad-Deen jika kita masih tidak jelas.

Dalam kita mahu belajar sejarah @apa-apa subjek pun seseorang itu perlu mahu dulu.Mahu itu kena ada untuk belajar dan meneruskan belajar.Bila mahu sudah ada maka ada minat untuk belajar sebenarnya seterusnya samada untuk membenarkan atau menyangkal sumber tersebut.Samada cepat atau lambat itu bergantung kepada keadaan diri orang tersebut.Jika cukup tuntutan nalurinya serta sedar akan tanggungjawabnya maka insyaAllah tidak ada masalah.Juga ditekankan disini bahawa sejarah amat penting dan dalam banyak-banyak sejarah yang paling utama adalah sejarah islam bagi kita yang mengucap kalimah agong iaitu dua kalimah syahadah.Maka cenderungkanlah diri kita dengan sejarah islam yang benar sumber dan isinya.

Moga dengan sejarah yang benar harapnya kita sebagai umat islam tidak kabur dalam memikirkan persoalan yang timbul bagi memberikan suatu kepuasan akal dan memberi ketenangan jiwa.Juga dapat mengelakkan konflik perbalahan antara kaum dan kesemuanya jika kita kenal sejarah.Jadi disini pelajaran sejarah@sirah amat penting sekali dan perlu ditekankan. InsyaAllah...
Serba sedikit dari saya..Jika ada silap saya mohon maaf dan sila katakan supaya saya sedar.InsyaAllah..

"Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati...''



1st edit..Jazakumullah khairan katsira'